Friday, September 13, 2013

Hatiku

hati aku.
memang aku sorang yang tahu
tahu siapa yang bertakhta di hati ini
meskipun mulut ku berkata
hati aku jua berkata.

kata hati adalah kata yang paling jujur.
andai saja aku dapat tahu siapa jodohku.
andai.

aku tak berniat nak beri harapan atau apa
tapi..
entahlah.

tak semuaorang boleh kata Ya dan Tidak
tapi itu hak.

hm.
aku hanya mampu berdoa.
haih letih hidup begini
hidup dalam penuh kerahsiaan
keluh sahaja aku mampu.

Teman Susah Teman Senang

Teman,
kaulah seribu dalam sejuta
kau bisa menghilangkan gundah hati ini
kau bisa membuat aku tertawa

Ya,itulah teman susah
dan itulah teman senangku.

tetapi kau berubah kini,
mengapa teman?

kau ada di saat aku senang,
kau sentiasa bersama aku,
sentiasa..

tetapi mengapa sekarang kau hilang?
kemana engkau?
di saat benar benar aku perlukan engkau.
kau hilang kau lari 
meninggalkan aku.

Mengapa?
kerna aku bukan senang seperti dulu?
tetapi kau telah berjanji untuk bersama aku
di kala aku senang mahupun susah
kau mengingkari janji itu

Terima Kasih Teman.
terima kasih atas kecelakaan ini.
Teman boleh di cari ganti
tetapi..
itu susah.

                                                                                                                                                 -sahabatmu

Teman

Teman.Sahabat.Kawan

setiap perkaatan mungkin mempunyai maksud yang berbeza.
mungkin..
Tetapi tak semudah itu untuk di terangkan
maksudnya,

Terima kasih teman,
mengajar aku
mengajar aku sesuatu
membantu aku
di saat aku perlukan bantuan
mendengar
mendengar keluhan hati ini
terima kasih.

tiada kata mampu aku ungkapkan.

kau juga.
seribu dalam sejuta

Hina

hidup aku ni kalau boleh aku putarkan masa
aku putar.

aku terlalu bodoh dulu
banyak perkara bodoh pernah aku lakukan.
terima kasih Tuhan.
telah kau berikan hidayah-Mu kepadaku

aku belum bersih lagi dari dosa zaman silam ku
belum lagi.
terngiang-ngiang di fikiran
kenapa?
pernah ku minta untuk di hilangkan segala memori ini
biar aku tidak ingat apa yang pernah aku lakukan dulu.
ku pinta..

tetapi..
itu bukan jalan penyelesaian.
aku harap dapat pergi dengan tenang kelak
tanpa memikirkan apa apa
hm..

aku harapkan Iman yang kuat di dalam jiwa ini
manusia tidak akan pernah lari
lari dari duniawi

aku tidak berani berkata apa apa soal dosa
kerna bila berkata demikian
aku pun pernah lakukan itu

Allahu.jahilnya aku dulu
ampuni aku..

bila diingat semula.
ugh!
jiwa lara.

Tiada.

Aku.
bukan siapa siapa.
tiada tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati in
Tiada.
sampai sekarang tiada siapa tahu apa yang aku rasa sekarang

tak tahu kenapa
masih belum aku jumpa orang yang tepat
untuk aku percaya dan bantu aku.

pernah juga cuba
tapi tak membantu langsung
takpalah biar ia di hati ini
mati hancur lebur
Di hati ini...

hm

Friday, July 19, 2013

pelaku dosa

Allah megetahui segala galanya.
mahupu tersurat bahkan tersihat.
hebat sungguh kuasamu Tuhan.

aku hamba yang di penuhi dega dosa.
aku tidak lari dari melakukan dosa setiap hari
aku seperti tidak sedar dan leka denga keindahan dunia ini
Allahu.

aku juga tahu aku tidak berhak berkata seperti ini
ya seperti aku ini suci sangat
tetapi siapalah aku.
setakat megerjaka solat pun aku lengahkan
ampuni Ya Rab..

memang tiada guna aku menulis sebegini
Allah itu tidak tidur dan sentiasa medengar doa hambanya..

Ampuni aku Ya Allahu Ya Rabb..

membesar :)

alhamdulillah masih di beri peluang untuk aku melihat dunia ini.
pabila terdetik di hati ini untuk menjengah blog aku ini aku seperti orang yang baru lahir di dunia ini.
tidak aku sangka cepat benar masa berlalu.amat pantas.itulah peluang orang yang masih hidup.

aku tertawa melihat post post aku tatkala aku masih di dalam alam kebudak budakan.
budak yang baru mengenal erti cinta monyet.haha.
tak kusangka tak kuduga gatal juga aku ni dulu,huh
peredaran zaman.manusia hanya mengikuti.dan
perkara itu sedikit demi sedikit akan berubah
itulah dunya..

sekarang tidaklah besar mana aku ini.baru mencecah alam remaja
yang banyak dugaan harus di tempuhi.
tak mengapa.
itulah yang di katakan DUNYA.

memilih ayat baku untuk post aku kali ini dan insyallah seterusnya.
menulis bukanlah hobi ku.aku masih merangkak rangkak mengenal apa yang ada di dunya ini
mungkin kematangan sudah aku miliki
tapi..
kematangan di tahap bawah yang sudah mengenal mana buruk mana baik
aku bukan sesiapa untuk membicarakan soal itu.
umur pun baru enabelas tahun.
masih ingin hidup seperti kanak kanak
kerana waktu takkan kembali jika kau inginkan.

hanya Penciotaku tahu apa yang sedang aku fikirkan waktu ini..